Friday, August 15, 2008

Gifts & Hantaran Anyone?













Baby Gifts Gubahan Wang Hantaran Telekung Butterfly
Hai folks!! I am not yet a mak andam or mak gubah, but these are among my so called handycraft product that was done in favour for some frens and officemates. So if anyone interested to order or hire me as the gift maker, you are most welcome. Rates are very reasonable. Kindly contact me after office hour 016-2094686 or mail me wahyuni18@yahoo.com


Monday, July 28, 2008

BEFORE JULY END

I just hate it when i have nothing to write,
Just because there are just too much to think,
Or perhaps, too many thing happens,
Made my mind have a few words left in store.
I know someone missed my thoughts,
He miss my funny witty thoughts,
Even if its sounds a bit stupid to me sometimes,
Praise to Allah that he love me so..
For whoever and however I am..
I know I will write and sing my heart out,
For everything that I have,
For everything that I dont have,
For a grateful person that I want to be,
Soon.. and always.. for my love.
You know who you are......:)

Thursday, July 10, 2008

Rumah Terbakar Panggil Bomba!!!

Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba...

Dan pagi ni bangunan ofis ku terbakar sket kt tingkat 21, takde pun nmpk bomba dtg berlumba-lumba? Apa diaorg busy?
or kebakaran tadi tak sehebat mana utk diaorg semua dtg berlumba-lumba?

Yang pasti aku antara org yg terpaksa berlumba-lumba turun tangga dari tingkat 21.
Sambil bertawakal, tgk2 dah smpai tgkat 16, 11, 6, and G.
Alhamdulillah. Baru lah berpeluh ketiak, and ringan kepala lutut.
Nasib baik baby 5 bulan setengah dlm perut ni kuat semangat sama.
Bila dah ringan lutut tu teringat plak masa kena denda ketuk ketampi 100 kali time form 3 dulu. Giler aaah!! Pastu kena naik stage cium bendera sekolah. Inilah sekolah yg tercinta, SEMESTA itulah namanya. Semata-mata sbb, 'sbg calon PMR kitaorg tak sepatutnya pergi menonton teater English masa prep malam, walaupun dewan tu selang ngan kantin je dgn kelas kitaorg.'

Kalau bangunan terbakar boleh jugak lari turun sbb dah terbau asap. Tapi kalau hati terbakar nk lari turun kemana ye? dah la takde bau, tapi hanya ada rasa. Masalah yg terbakar tu jer yg rasa yg membakar tak rasa ape pun.
Kenapa hati boleh terbakar?
Oh panjang ceritanya, kalau cerita boleh jadi mengumpat dan mengesyaki plak.
tapi kdg2 kita mmg bleh rasa kalau sikap seseorang itu emangnya sering skali memandang enteng pada semua org termasuk kita.

Friday, June 20, 2008

Waris Harus Mara

Rintik hujan menderu,
Menyerbu deras memburu,
Keringnya bumi tunggal,

Tunggal tegak berdiri,
Mendokong puncak permata,
Merobek tunjang sendiri,

Biar hangus rakus,
Biar kering gering,
Biar tegal mual,

Teruslah menunjangi, cekal mara,
Tunggal dokong permata,

Waris wahid harapan,
Wajarkah mengalah?

Thursday, June 19, 2008

Andai aku bisa

Andai aku bisa,
Terbang mencari semalam,
Kan ku telusuri denai panjang,
Melewati babak-babak indah,
Penuh suka, duka, tawa & tangis,
Yang kita lakonkan sejujurnya

Andai aku bisa,
Mencari nokhtah waktu,
Kan ku hentikan saat-saat manis kita bersama,
Biarku tatapi sepuasnya,
Agar rindu tidak seperit luka

Andai aku bisa,
Mengatur hari muka,
Akan ku susun agar satu hari nanti
Semua kenangan, dan impian kita
Bisa jadi satu.

Reveallyun-2004

Thursday, May 22, 2008

Ayat Ayat Cinta

Membacanya buat orang terasa insan,
Seperti insan yang mahunya macam-macam,

Seperti mahu pergi ke Cairo,
Seperti mahu naik Metro ( train) di Cairo,
Seperti mahu lihat lihat Sungai Nil dari Hotel Ramses,
Seperti mahu lihat anggunnya wajah Aisya, Nurul, dan Maria,

Seperti mahu minum asyir mangga, asyir tebu,
Sambil makan ruz labaan ( beras dimasak dengan susu),
Atau mungkin harus berpesta dengan ayam panggang di atas bumbung
Di waktu malam musim panas,

Seperti mahu belajar bahasa German,
Seperti mahu belajar bahasa Arab,
Seperti mahu hafal Al-Quran,
Seperti mahu berguru dengan para syeikh,
Merasa sejuknya iman di masjid-masjid waris nabi,

Seperti mahu masuk Syurga,
Yang indahnya bukan kepalang,
Penyembah Al-Masih pun hampir kempunan di pintu Babur Rahmah,
Mujurlah ada ayat-ayat cinta penyembuh jiwa.

****
Lalu aku terfikir,
Nabi Muhammad terasa kerdil di sisi Tuhan,
Para sahabat merasa kerdil di sisi baginda,
Para ulama merasa kerdil di sisi para sahabat,
Para syeikh merasa kerdil di sisi ulama,
Al- Hafiz merasa kerdil di sisi para syeikh,
Lalu aku yang hanya sekadar tahu baca Al-Quran,
Sekerdil mana di sisi Tuhan..?

Tuesday, May 13, 2008

Masuk Sementara

Ada macam-macam masuk,
Ada macam-macam keluar,
Ada selera, memang ada,
Nak itu, nak ini,
Jadi macam-macam yang masuk,
Dikunyah-kunyah, makanan yang enak,
Bertapa seketika, 2 ketika, 3 ketika,
Beberapa ketika,
Tiba-tiba angin membuak-buak,
Perut bergelora,
Kepala pusing macam gasing,
Yang masuk tadi dah keluar,
Ye.. banyak yang ibu makan,
Tapi semuanya,
Masuk sementara..

Tuesday, April 8, 2008

Kuning is yellow you know?

Dah 2 hari aku pakai selipar kuning ke pejabat, selipar baru lah katakan. Kesian selipar purple ala capal arab aku, dah aku pencenkan setelah hampir 2 tahun berkhidmat sebagai 'pengalas kaki favourite' aku. Selipar baru ni mmg kuning, kuning mcm buku MAT JAN yang aku tak abis2 baca lagi tu. Pakcik 8 dah mintak aritu, En. Mus plak nak baca. Nampak nya Pakcik 8 semakin berleluasa virusnya..

Tapi virus dia tak bahaya mcm demam kuning yang kena kat anah buah baru aku, HADI. (mahkluk comel 50cm,berat 3.13kg masa lahir, baru pandai menangis jer bila nk susu, tp tido tersengeh2, mimpi indah agaknya.)

Dalam terowong nk ke LRT masjid Jamek pagi td, berselisih dgn wanita yang pakai jaket kuning, kuning mcm selipar aku, mcm buku Mat Jan. Aku syak dia kerja kedai emas, sbb itu mmg uniform kedai emas Poh Kong.

Orang (doktor, nutritionist, org jaga badan) kata, kalau mkn telur, mkn yang putih jer, jgn mkn yang kuning. Kuning di sini adalah musuh kesihatan, dan sekutu lemak yang baik.

Tengah syok2 berborak, tetiba org kata "Kau ni otak kuning lah!!" Itu maknanya kau dah tersalah cakap. Tapi orang yang tersalah cakap ni mungkin terpengaruh dengan cerita blue.
jadi aku hairan, bagaimana sesuatu yang biru boleh mempengaruhi kita dan menjadikan otak kita kuning?

Cikgu Toh cakap, WONG bermakna kuning dlm kantonese. Jadi anda boleh panggil kawan2 anda yg bernama Wong, dgn gelaran Mr. Yellow or En. Kuning. just to show that you a bit of Kantonese. huhu

Jawab soalan berikut:

Kenapa "post it" berwarna kuning?
Kenapa lampu isyarat kuning tanda bersedia?
Kenapa puding jagung mesti warna kuning?

Thursday, March 27, 2008

Ni ko hai m hai ngo wa ( This is not my language)

Lai pai = Sunday
Pai yat = Monday
Pai yee = Tuesday
Pai sam = Wednesday
Pai Sei = Thursday
Pai ng = Friday
Pai look= Saturday

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10
Yat yee sam sei ng look Chat pat kau sup

Sup yat = 11
sup yee = 12
sup sam = 13
sup sei = 14
sup ng = 15
sup look= 16
sup chat= 17
sup pat = 18
sup kau = 19
yee sup = 20

Kam teem chung? = What is time now?
Yat teem chung. = It is 1 o'clock

Tuesday, March 25, 2008

HANYA DOA

Orang pesan itu ini,
Begitu begini baru elok..
Jangan itu, jangan ini,
Hati-hati jaga diri,

Wahai kalian, wahai sayang..
Pesanan kalian tanda kasih dan kisah,
Gundah gembira Tuhan yang tahu,
Terbaik untuknya itu yang ku mahu,
Yang terbaik juga kulakukan untuknya

Hanya doa,
Harapan ku setiap kata dlm doaku..
Hanya Tuhan yang Maha Berkuasa..
Aku hanya hambaMu,
Dan setiap detik rahmat yang kunikmati
Hanya pada Mu aku berdoa
Amin..

Friday, March 7, 2008

Putera Puteri

Semalam, ku lihat foto sebuah keluarga berbaju merah.
"Bila nak tambah puteri plak, 3 dah putera?" soal aku nakal.
"Rilek dulu.."jawab raja. "Kau tu bila lagi?" raja tu plak tanya aku.
"Ampun tuanku, tak molek lah kiranya dibandingkan patik dengan tuanku. Garis mula kita tak sama tuanku. Patik baru bertatih2." jawab aku penuh sopan( dlm hati: on the way lah ni.)

Petang itu, seorang 'patik' pergi membeli 'Dip n Tell' untuk memeriksa sesuatu tentang dirinya. Arakian sesampainya dirumah, terus dicubanya. Satu garis? Dua garis? ....40 saat dan 5 minit kemudian, ye.. sah 2 garis.
Hal ini harus di khabarkan kepada jejaka-hensem-yg-tgh-belek-surat-khabar.

Patik hari ni dah jadi beta, dari sebuah kerajaan baru yang bakal terbentuk.
Tuanku, betul lah semalam tu, 'on the way'.
Raja baru dah buat pewaris. Putera kah? Puteri kah? Huhuhu Syukur!!!

Monday, March 3, 2008

Ada apa dengan TIKUS?

Dari kecik dah kenal dia. Geli. Sebab pernah nampak kawan dia jatuh dlm kuali yg adaminyak masak. Lemas. Aku tak suka.

Dari kecik sampai skrg aku suka sgt. Tengok kucing dibuli tikus. Tom & Jerry.
Lagi suka bila dpt barang2 cap tikus suami isteri. Mickey and Minnie Mouse. (kawan aku yang pergi Disneyland kat Jepun kata, Mickey Mouse kat sana gay. Dia tepuk bontot kawan aku!!) Kesian bini dia kan? huhu

Tahun lepas keluar cerita kartun pasal tikus yang pandai masak. Rattatouilee. Habis satu koloni tikus terjebak dalam penyediaan makanan disebuah restoran. Aku suka gak. Walaupun realitinya seekor tikus dalam dapur restoran boleh menjejaskan reputasinya secara total.

Tahun sebelum itu, ada cerita pasal tikus yang hidup dalam kemewahan. Akibat terpam ke dalam tandas, hidupnya berubah menjadi tikus jalanan. Aku suka.

Tahun ni tahun tikus. 'My chinese friend' ckp tahun ini, tahun cari makan. Aku agak betullah tu, sebab aku selalu nampak tikus sebesar anak kucing berkeliaran 'cari makan' dekat tong sampah besar sebelah rumah flat. Aku tak berapa suka..

Pagi ni dari pandangan atas motor. Ada tikus yang dah kena steam roll. Atau mungkin juga tayar Goodyear kereta Ah Seng di Taman Connaaught. Seekor burung gagak cuba menikmati'Mouse chop' sambil berfikir nak cicah dgn sos 'black pepper' ke 'mushroom'.
Eeiiik! Ngeri. Aku sangat tak suka!!

Ngaantok Aih!!

Dulu, masa form 3, dalam kelas Bahasa Melayu (BM), aku selalu 'memancing'.
" Banyak dapat ikan?!' suara cikgu Amir menyegarkan mata aku.
Sempa je!! hehe
Tapi masa form 5 cikgu Wan yang ajar aku, suami cikgu english yg garang.
Sungguh kontra dgn isterinya.
Bila suara cikgu Wan mengungkap frasa2 dibwh subjek BM aku mula 'memancing' lagi.
Kadang-kadang terpusing kepala 360 darjah. (kronik kan? ala.., korang pun mesti pernah..)

Mungkin suara cikgu wan tu terlalu mendodoikan kelopak mata yang tak pernah serik untuk tidur ni. Bila dia kantoi pun, dia kata "Ngaantuk aih...!" (dalam nada suara org mengantuk tp sleng org Kedah.) Itu jer, langsung tak berjaya menyegarkan mata aku balik. Ada org kata setan bergayut kat kelopak mata sbb nk halang kita tuntut ilmu.

La ni bila aku mengantuk ketika sibuk memeriksa lukisan dan kehendak2 pemgbangunan. AKu terpaksa tulis blog. yang korang baca ni. ngantuk nyer..
Aku harap setan yg bergayut kat kelopak mata ni terbakar hangus atau pergi lah bergayut kat Sunway Pyramid ke, KLCC ke. Auzubillah.

Wednesday, February 27, 2008

Siakap Madu Tiga Rasa

'Sembilan Ringgit Sembilan, boleh kak?' Kata mamat India kt kedai belakang maybank sebelah petronas. 'Erm, boleh lah.' Balas aku sambil mencari lengkuas, limau, serai, halia, daun limau purut dan kailan untuk dimasak dengan ikan masin tenggiri yg ada kat rumah tu. 'Kak, sisik buang ke?' Tanya mamat tu lagi. 'Haah!!.. 'aku mengangguk. ( habis kalau tak buang, nk suruh aku makan ke sisik ikan tuh?)
'Bang, jom! ' Aku menyapa jejaka hensem yg tengah belek surat khabar depan kedai tu. (my legal married man) Aku dibonceng sampai ke rumah, kemudian jejaka itu harus kembali ke kantor. Ada perjuangan yang belum selesai. Siakap td tu letakkan dlm sinki.Aku mengerjakan dulu batang kailan, lalang2 serai serta bahan2 lain. Siakap itu harus ku cuci, ish mamat td tak buang habislah isi perut siakap ni.. Apa ni? Telus ke? Sumpah aku tak pernah tgk telur ikan siakap? Warna putih, panjang, berkilat, dlmnya kosong macam berisi angin. Mungkin kah belon? Atau pelampung agar ikan tetap terapung dlm air? Atau aku telah terjumpa ‘mutiara naga’ yang berbentuk aneh? Hahaha.

Ini bukan cerita resepi, tapi aku saja rasa macam nak masak sbb adik aku nk dtg mkn malam. Adapun halnya, siakap hanya mempunyai satu rasa, rasa ikan.:)

Monday, February 25, 2008

When A Blook Enter Mylife

Azizi lah ni. Cad Officer opis aku. Lapan blog nyer. Bapa 3 hero.
Dia yang suruh aku baca blog seseorang dalam bentuk buku.
Macam menarik je. Biasanya aku baca blog-blog kawan2 atau yang kawan2 fowardkan, kat skrin komputer jer. Sakit mata, tengkuk dan bahu aku.
Blog bentuk buku.. buku log, BLOOK. ( english ke Bahasa melayu? ) Sorry masa ni aku tak baca lagi maksud 'blook' dlm wikipedia.
Menariknyer.. sbb aku boleh baca dlm lrt putra, lrt star, atas tilam sebelah suami aku. Dalam kereta sebelah suami gak. Mcm lebih menarik dari readers Digest yang aku baru langgan setahun lepas. isi blook ni lebih santai. humornyer santai, mudah capai dek minda dan memori.

Penulisnya Sinaganaga, kawan tok Rimau. Naga ke orang? Naga ke harimau.? Harimausiang ke harimaumalam? Tengok! Aku dah terpengaruh. Benci!! Aku dah pulangkan blook tu kat zizie. Dah abis baca. 'Best ke?' Zizie tanya. 'Best gak lah.. lawak la…', mendatar jawabku. (best sebenarnya. Tapi aku tak suka memuji sgt. Dipuji suka lah.!! hahaha