Tajuk kali ni adalah antara ayat yang paling terkesan dalam salah satu ceramah oleh Prof Muhaya Muhamad.
Secara kasarnya Prof Muhaya cuba menerangkan semakin kita kena dunia semakin kita cinta akhirat sebab hakikat dunia ini tak lain hanyalah ilusi. jadi semakin kita tua seharusnya semakin segar dan mekarlah iman kita.
Jom ingat kembali masa kita kecik-kecik dulu. Kita paling suka buat apa yang kita tahu senang dan seronok saja. Macam saya seingat saya mmg suka melukis dan mewarna lah. Gambar pertama yg saya lukis dengan penuh teliti ialah seekor ikan kembong (tampak sisi). Masih terngiang mak memuji lukisan saya dalam samar cahaya pelita dirumah kami. 'Wah pandainya along lukis, siap ada bintik2 kat sisik ikan kembong ni!"
Dulu sebenarnya saya sudah berfikir macam2. Bila tiba waktu senja mmg saya takut. saya terbayang akan keluar suatu kuasa yg besar dari bukit ladang belakang rumah saya dan akan melenyapkan semua yg ada dibumi ini. (ye mungkin saya sudah terfikir pasal "end of the world"). Saya akan jadi cemas dan takut sbb tak nak kehilangan mak dan ayah saya serta adik2 saya. Bagi saya takkan ada satu kuasa pun yg akan dapat selamat kan sesiapa. Sehebat mana pun seorang raja atau askar takkan dpt lari kehancuran itu. Masa umur 7 tahun saya pernah bertanya pada mak, "Mak nanti kan kalau seme2 dah takde, apa akan jadi pada kita?" Mak cuma jawab..Along jangan risau lah..Allah ada."
Sehingga lah dah besar dan mempelajari serba sedikit ilmu agama baru lah saya paham. Tapi tertanya ketakutan saya semasa kecil ada asasnya kan? Sampai sekarang kalau saya kenang kan kembali perasaan itu..masih terasa kecut perut dan seram sejuk seluruh badan. TETAPI..itu seme tidak pula menjadi penghalang utk saya membesar menjadi manusia biasa yang adakalanya leka dan alpa.
Jadi apa yang perlu saya buat? Teruskan belajar ilmu dunia agar lebih kenal akhirat, teruskan hidup didunia sambil menjana pendapatan akhirat. Jangan putus asa dengan cubaan dan godaan dunia, sbb semuanya adalah ruang dan peluang yang terbelah dua; satu ke syurga, atau ke neraka.
Seperti kebanyakan kita yang beriman dan mempunyai pasang surutnya. Apa yang akan menambah suburkan iman kita? tak lain tak bukan..ILMU. sekali belajar, sekali ingat, 2 kali lupa. ILMU pula adalah ilmu yang mudah amal. sebab kalau tak amal pun LUPA..kan? Akhirnya semakin kita berusia kita harusnya sedaya upaya menjadi orang yang lebih berilmu dan beramal agar iman kita semakin muda dan mekar.
Sekian dulu lah sedikit peringatan buat pembaca terutamanya bagi yang menaip ni sebab mata saya terlebih dahulu menjamah aksara janaan minda saya. Moga-moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment