Monday, May 20, 2013

Celaru, Keliru, Haru dan Huru-hara

Sekian kalinya..minda dan jiwa ini dipasak lagi
Tajam perdu ilmu dan semangat berduri
Sekian kalinya juga minda dan jiwa ini kembali segar
Membancuh warna pelangi roh-roh yang seharusnya mekar,

Harapan ketulan darah ku..moga semangat ini tidak luntur
Dipahat lambaian nafsu dan hasutan si durhaka yang telah bersumpah,

Wahai minda dan jiwa lemah manusia,
Mahukah kau merubah segala kekurangan mu?
Ajari lah semuanya dengan yang asas dari Pencipta Mu
Hapuskan malas mu dengan Subuh berjemaah,
Hapuskan penangguhan kerja mu dengan solat yang segera,
Hapuskan dendam iri mu dengan doa untuk mereka,
Hapuskan dosa mu dengan istighfar padaNya
Hapuskan ketidakberkatan dengan zikir dan selawat...

Kerna si durjana itu telah bersumpah,
Tidak sekali-kali dia berputus asa,
Menyesatkan kita dengan segala fatamorgana,
Agar kita sering celaru, keliru
Dan akhirnya haru dan huru hara..
Iyyaqanaqbuduwaiyyaqanastain..

Nukilan,
Reveallyun 20513 0048


Saturday, May 18, 2013

Cinta tu Sakit jugaklah...

Jam 1.40mlm..terdengar suara gadis membebel dgn nada sedih..(situasi ialah di parking lot, awek dlm kereta boyfren kat luar kereta..ye dari tingkat 5 rumah penthouse ni, drama sepasang couple boleh didengari dgn agak jelas. Adakah aku jiran yang penyibuk? Bukan.. kebetulan tak tidur lagi.. ni sbb nk start blogging baliklah kononnya..

Sambil layan muka buku dan drama melayu sadis kat Tv2 ni, terdengar lagi suara awek kat bawah tu yang marah boypren dia..begitu begini bla bla bla..sambil menangis teresak2. Adus!! Kesian betul. Teringat plak time muda2 dulu. Konflik cinta ni lah benda paling complicated for me selepas Add Math (saya selalu score F9- itu sbb error carry forward) and Structure (the only math subject at my archi school).
Betul tak cinta tu sakit? Tengok contoh2 berikut, ada yang benar dan ada yang diolah semula.
Contoh 1:
Sebab cintalah aku sanggup tunggu orang lama2. (pernah sampai 2 jam tau), sanggup jalan kaki jauh2. (korang pon sama kan..) untuk cari public phone. Or untuk hantar makanan sebab kawan cakap dia demam. 
Contoh 1a:
Sebab cinta jugaklah hari-hari tertunggu-tunggu posmen datang bawak surat. Nak baca dalam toilet sbb takut ayah kantoi. Nanti mampus kena ejek. Adus!! Surat cinta saya dulu ada tampal gambar kartun Dewata Raya tau. Entah apa watak awek tu tak ingat dah. hahaha!
Contoh 2:
Ada jugak yang sanggup bersusah payah buat kad ucapan special. Pergi kedai buku or kedai apa2 lah ada jer teringat nak belikan something utk si dia. (adus.. romantik sgt ni)
Contoh 3:
Kena teman gi kedai spare part kereta pon sanggup.. padahal  tak paham apa yang best sangat tengok stereng and sport rim.(contohnya)
                                                                               ****
Back to kisah orang kat bawah tadi, skrip dramanya yang penuh tangisan dan esakan itu memang panjang. Kalau dilakonkan aku memang respect la dengan pelakon tu. Lenguh..curi dengar pon surrender. Ada lah dekat sejam kot. Skrip mamat tu sket jer rasanya. tak aci betul. kalau berlakon entah2 Hero malaya tu dpt bayaran lagi mahal kan? hahaha

Takpe dik..akak paham..gaduhlah korang. Harap selesai cara baik. tapi jangan la kuat sangat. dah jadi mcm wayang kat padang ni haa..
Good nite..nak tidur dengan orang tercinta ni ha..(halal punya) Babai :)


Sunday, April 7, 2013

Badan Makin Tua Iman Makin Muda

Tajuk kali ni adalah antara ayat yang paling terkesan dalam salah satu ceramah oleh Prof Muhaya Muhamad.
Secara kasarnya Prof Muhaya cuba menerangkan semakin kita kena dunia semakin kita cinta akhirat sebab hakikat dunia ini tak lain hanyalah ilusi. jadi semakin kita tua seharusnya semakin segar dan mekarlah iman kita.
Jom ingat kembali masa kita kecik-kecik dulu. Kita paling suka buat apa yang kita tahu senang dan seronok saja. Macam saya seingat saya mmg suka melukis dan mewarna lah. Gambar pertama yg saya lukis dengan penuh teliti  ialah seekor ikan kembong (tampak sisi). Masih terngiang mak memuji lukisan saya dalam samar cahaya pelita dirumah kami. 'Wah pandainya along lukis, siap ada bintik2 kat sisik ikan kembong ni!"

Dulu sebenarnya saya sudah berfikir macam2. Bila tiba waktu senja mmg saya takut. saya terbayang akan keluar suatu kuasa yg besar dari bukit ladang belakang rumah saya dan akan melenyapkan semua yg ada dibumi ini. (ye mungkin saya sudah terfikir pasal "end of the world"). Saya akan jadi cemas dan takut sbb tak nak kehilangan mak dan ayah saya serta adik2 saya. Bagi saya takkan ada satu kuasa pun yg akan dapat selamat kan sesiapa. Sehebat mana pun seorang raja atau askar takkan dpt lari kehancuran itu. Masa umur 7 tahun saya pernah bertanya pada mak, "Mak nanti kan kalau seme2 dah takde, apa akan jadi pada kita?" Mak cuma jawab..Along jangan risau lah..Allah ada."

Sehingga lah dah besar dan mempelajari serba sedikit ilmu agama baru lah saya paham. Tapi tertanya ketakutan saya semasa kecil ada asasnya kan? Sampai sekarang kalau saya kenang kan kembali perasaan itu..masih terasa kecut perut dan seram sejuk seluruh badan. TETAPI..itu seme tidak pula menjadi penghalang utk saya membesar menjadi manusia biasa yang adakalanya leka dan alpa.
Jadi apa yang perlu saya buat? Teruskan belajar ilmu dunia agar lebih kenal akhirat, teruskan hidup didunia sambil menjana pendapatan akhirat. Jangan putus asa dengan cubaan dan godaan dunia, sbb semuanya adalah ruang dan peluang yang terbelah dua; satu ke syurga, atau ke neraka.

Seperti kebanyakan kita  yang beriman dan mempunyai pasang surutnya. Apa yang akan menambah suburkan iman kita? tak lain tak bukan..ILMU. sekali belajar, sekali ingat, 2 kali lupa. ILMU pula adalah ilmu yang mudah amal. sebab kalau tak amal pun LUPA..kan? Akhirnya semakin kita berusia kita harusnya sedaya upaya menjadi orang yang lebih berilmu dan beramal agar iman kita semakin muda dan mekar.

Sekian dulu lah sedikit peringatan buat pembaca terutamanya bagi yang menaip ni sebab mata saya terlebih dahulu menjamah aksara janaan minda saya. Moga-moga bermanfaat.