Thursday, May 22, 2008

Ayat Ayat Cinta

Membacanya buat orang terasa insan,
Seperti insan yang mahunya macam-macam,

Seperti mahu pergi ke Cairo,
Seperti mahu naik Metro ( train) di Cairo,
Seperti mahu lihat lihat Sungai Nil dari Hotel Ramses,
Seperti mahu lihat anggunnya wajah Aisya, Nurul, dan Maria,

Seperti mahu minum asyir mangga, asyir tebu,
Sambil makan ruz labaan ( beras dimasak dengan susu),
Atau mungkin harus berpesta dengan ayam panggang di atas bumbung
Di waktu malam musim panas,

Seperti mahu belajar bahasa German,
Seperti mahu belajar bahasa Arab,
Seperti mahu hafal Al-Quran,
Seperti mahu berguru dengan para syeikh,
Merasa sejuknya iman di masjid-masjid waris nabi,

Seperti mahu masuk Syurga,
Yang indahnya bukan kepalang,
Penyembah Al-Masih pun hampir kempunan di pintu Babur Rahmah,
Mujurlah ada ayat-ayat cinta penyembuh jiwa.

****
Lalu aku terfikir,
Nabi Muhammad terasa kerdil di sisi Tuhan,
Para sahabat merasa kerdil di sisi baginda,
Para ulama merasa kerdil di sisi para sahabat,
Para syeikh merasa kerdil di sisi ulama,
Al- Hafiz merasa kerdil di sisi para syeikh,
Lalu aku yang hanya sekadar tahu baca Al-Quran,
Sekerdil mana di sisi Tuhan..?

2 comments:

LaPan said...

aku.
menangis.
:(

Unknown said...

....ya muslimah...ya ummi...ana uhibuki...ich liebe dich...ja bitte...